Hanya 'Booster Dose' Jenis Pfizer Dibenarkan Di Sarawak

Hanya vaksin jenis Pfizer-BioNTech (Comirnaty) yang akan digunakan sebagai dos penggalak atau ‘booster dose’ untuk program imunisasi di negeri Sarawak.

hanya 'booster dose' jenis pfizer dibenarkan di sarawak

Perkara tersebut dijelaskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).

Menurut Timbalan Pengarah JKNS, Dr Rosemawati Ariffin, vaksin jenis Sinovac (CoronaVac) hanya akan digunakan sebagai dos penggalak dalam keadaan tertentu.

“Sekiranya penerima vaksin mempunyai kontropenunjukan (kontroindikasi) atau alahan kepada vaksin jenis Pfizer.

“Pemberian dos penggalak juga diberi dengan mengambil kira kategori keutamaan golongan berisiko dan jarak masa yang telah ditentukan mengikut jenis vaksin dos primer diterima sebelum ini,” katanya.

Lanjut beliau lagi, setakat ini pemberian dos penggalak di negeri tersebut adalah berdasarkan polisi terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana hanya vaksin jenis Pfizer dibenarkan sebagai dos penggalak kepada penerima dos primer Pfizer atau Sinovac.

“Polisi ini adalah sejajar dengan pekeliling serta arahan semasa berkenaan pelaksanaan pemberian dos penggalak dan dos ketiga daripada KKM,” tambahnya.

Lebih 122,000 individu di Sarawak dijangka akan menerima suntikan dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 yang telah bermula sejak minggu pertama Oktober lalu.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN