Setelah hampir dua tahun menyepi dari industri muzik, kumpulan K-Pop popular, EXO dilaporkan bakal membuat kemunculan kembali pada Jun ini!
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan SM Entertainment, EXO akan mengeluarkan album khas berjudul “Don’t Fight The Feeling” dan ia bakal menemui peminat bermula 7 Jun.
Tepat pada tengah malam KST 11 Mei, teaser berkenaan album terbabit didedahkan menerusi media sosial kumpulan tersebut.
Ini akan menjadi kemunculan semula yang pertama oleh EXO sejak kali terakhir mereka melancarkan album berjudul OBSESSION pada November 2019.
April lalu, anggota EXO yang kini aktif iaitu Xiumin, D.O., Baekhyun, Chanyeol, Kai dan Sehun mengesahkan melalui video spoiler bahawa EXO sedang mempersiapkan album terbaru sempena memperingati ulang tahun debut kesembilan mereka, yang mana album dan video muzik tersebut nampaknya telah dirakamkan sebelum Chanyeol dan Baekhyun berangkat untuk menjalani tugas ketenteraan mereka.
Sumber: [1]