Hailey Baldwin Ingin Semua Orang Tahu Bahawa Dia Tidak Hamil

hailey baldwin ingin semua orang tahu bahawa dia tidak hamil

Isteri kepada penyanyi terkenal Justin Bieber iaitu Hailey Baldwin menegaskan bahawa beliau tidak hamil. Media sosial menjadi kecoh apabila berita angin tentang kehamilan anak pertama model tersebut dengan suaminya, Justin Bieber. Namun, itu semua hanya berita palsu. 

hailey baldwin ingin semua orang tahu bahawa dia tidak hamil

Spekulasi kehamilan itu disebarkan kerana rata-rata netizen melihat Hailey Baldwin makin berisi dalam gambar-gambarnya dan dalam satu gambar perutnya kelihatan seakan-akan ada ‘baby bump’. Maka, Hailey membuat pengumuman menerusi Insta story yang dimuat naik pada hari Ahad di akaun Instagramnya, mengatakan bahawa dirinya tidak hamil dan perutnya buncit oleh kerana makanan.

“Saya rasa internet ini sangatlah lucu. Saya tidak hamil, saya cuma terlalu suka makanan.” katanya di dalam Insta story tersebut.

hailey baldwin ingin semua orang tahu bahawa dia tidak hamil

Namun, ibu kepada Justin Bieber iaitu Pattie Mallete turut membalas kenyataan Hailey itu dengan respon “Tak lama lagi, mungkin?! Tak sabarnya saya! Jangan bergurau dengan saya ya!” 

Sudah ternyata bahawa Pattie tidak sabar untuk menimbang cucu pertamanya. 

Ini bukan kali pertama berita angin mengaitkan kehamilan Hailey Baldwin tersebar luas. Namun, ini merupakan pengumuman kali kedua dalam minggu ini.

Sumber: Cosmopolitan.com