Hael, Nadhir & Qasrina Berganding Untuk ‘My Famous Ex-Boyfriend’

Diadaptasi daripada novel popular bertajuk Petrichor, Astro Ria tampil mempersembahkan karya terbaru bertajuk ‘My Famous Ex-Boyfriend’, sebuah drama percintaan penuh suka duka yang bakal menghidupkan slot MegaDrama. 

‘My Famous Ex-Boyfriend’ merupakan drama yang menggambarkan kesan buruk buli siber yakni salah satu isu sosial popular yang kerap berlaku di kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda yang lebih dikenali sebagai ‘digital natives’.

hael, nadhir & qasrina berganding untuk ‘my famous ex-boyfriend’

Drama rantaian ini mengisahkan kehidupan Sameera yang bertemu dengan Ishaak ketika remaja dan saling jatuh cinta sebelum Ishaak ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama Haque Zuhal. 

Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut sosial media. 

Selain itu, ‘My Famous Ex-Boyfriend’ juga adalah drama pertama Hael Husaini selepas 17 tahun bergelar penyanyi dan penulis lagu dalam industri hiburan. Hael juga merupakan pelantun runut bunyi drama ini yang bertajuk Diam. 

Hael Husaini bakal bergandingan bersama pelakon Qasrina Karim sebagai Sameera dan Nadhir Nasar sebagai seorang chef bernama Jamie yang juga dipamerkan sebagai seorang ‘suami syaitan’ kerana meninggalkan isterinya yang lumpuh. 

‘My famous Ex-Boyfriend’ bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)