Gunung Berapi Di El Salvador Meletus

Pada isnin yang lalu, pihak berkuasa El Salvador telah mengeluarkan amaran kepada penduduk berdekatan gunung berapi Chaparrastique di timur negara itu.

Menurut laporan daripada kementerian Alam Sekitar, berlaku letusan gunung berapi yang terletak kira-kira 135 kilometer di timur negara berkenaan. 

“Letusan dianggarkan berukuran skala 1 berdasarkan ukuran dari skala 0 hingga 8.

“Letusan bermula Ahad lalu selepas gunung berapi tersebut menghemburkan abu dan batu di sekitar kawah.

“Bagaimanapun tiada laporan kecederaan dilaporkan setakat ini”, menurut laporan Kementerian Alam Sekitar. 

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa telah bersiap sedia menyediakan 26 pusat perlindungan untuk lebih 10,000 penduduk.

Gunung berapi itu yang dikenali sebagai San Miguel mempunyai ketinggian 2,130 meter dan merupakan antara enam gunung berapi paling aktif di El Salvador.

Letusan besar terakhir adalah pada Januari 2016 apabila ia memuntahkan sejumlah besar abu dan gas selama lebih daripada 13 jam berterusan.

Sumber: Awani