Grid Padat Dengan Aksi Mendebarkan, Penanda Kemunculan Kembali Seo Kang Joon!

Platform penstriman popular, Disney+ Hotstar terus mengembangkan katalog K-Dramanya menerusi drama terbaru, Grid.

grid padat dengan aksi mendebarkan, penanda kemunculan kembali seo kang joon!

Dibintangi Seo Kang Joon, Kim Ah Joong, Kim Sung Kyun dan Lee Si Young sebagai barisan teraju utama, Grid menerima sentuhan oleh penulis skrip hebat, iaitu Lee Soo Yeo (Stranger, Life) dan pengarah Lee Khan yang pernah terlibat dengan produksi filem popular Hollywood, Life of Pi pada 2012.

Drama Korea terbaru Disney+ Hotstar ini mengajak anda untuk merasai sendiri pengalaman memasuki dunia ala fiksyen sains, yang pastinya mencetuskan keterujaan buat sesiapa sahaja yang menonton.

Jalan ceritanya berkisarkan sosok misteri yang dikenali sebagai The Ghost (lakonan Lee Si Young) yang menyelamatkan manusia namun menghilang pada 1997; ia kemudian muncul semula 24 tahun kemudian dan membantu pembunuh bersiri (Kim Sung Kyun) untuk melarikan diri.

grid padat dengan aksi mendebarkan, penanda kemunculan kembali seo kang joon!

Sementara itu, Seo Kang Joon yang memegang watak sebagai Kim Sae Ha, merupakan pekerja agensi kerajaan misteri yang hanya dikenali sebagai Biro; yang mana dia kemudian disatukan bersama rakan zaman kanak-kanaknya Jung Sae Byeok (Kim Ah Joong) yang kini seorang detektif, menerusi satu pertemuan yang tidak disengajakan.

Sejak ditayangkan pada 16 Februari lalu, tidak dapat disangkal lagi, jalan cerita Grid berjaya membina ketegangan dan rasa ingin tahu buat sesiapa sahaja yang menontonnya, tambah lagi dengan sinematografi drama ini yang acap kali bermain dengan ton warna sejuk sekaligus mewujudkan suasana tegang dalam drama yang penuh aksi mendebarkan ini.

Turut tidak ketinggalan, Grid juga membawa makna lainya yang tersendiri yang mana ia menandakan kemunculan semula pelakon Seo Kang Joon ke layar lakonan setelah kali terakhir dilihat dalam drama When the Weather is Fine pada 2020.

Pada November 2021, Seo Kang Joon mendaftar diri untuk memasuki latihan ketenteraan di Korea Selatan.

Grid kini tersedia untuk distrim di platform penstriman Disney+ Hotstar sejak 16 Februari lalu. Selain Grid, anda juga boleh menonton pelbagai pilihan K-Drama lain di platform penstriman terbabit seperti Snowdrop, Rookie Cops dan Soundtrack #1 yang bakal menemui ramai pada 23 Mac 2022 ini.