Graduan Hadir Ke Konvokesyen Pandu Lalu Naik Beca Bersama Ayahnya

graduan hadir ke konvokesyen pandu lalu naik beca bersama ayahnya

Hari graduasi merupakan hari paling bermakna untuk seseorang mahasiswa. Selepas berhempas pulas di alam univerisiti, majlis graduasi merupakan tanda penamat kepada segala usaha.

Seorang graduan dari Indonesia telah menyentuh hati ramai orang apabila menghadirkan diri pada ahri graduasi dengan menaiki beca. Hari graduasi tersebut dijalankan secara pandu lalu akibat pandemik COVID-19.

Ketika semua orang menaiki kereta mewah, Alex Satria yang berusia 23 tahun telah hadir bersama bapanya dengan menaiki beca. Beliau merupakan graduan Institut Kesihatan Medistra Lubuk Pakam (IKMLP).

"Pihak kampus memberi tiga pilihan sama ada menaiki kereta, beca atau motosikal ketika menghadiri majlis tersebut.

"Saya memilih untuk menggunakan beca kerana kenderaan ini yang membantu keluarga menjana pendapatan sehingga saya berjaya tamat pengajian. Lagipun beca sahaja yang kami ada," katanya kepada Tribunnews pada Rabu.

Sumber: Sinar Harian