Gen Z Percaya Wang Mampu Beli Kebahagiaan - Kajian

Kajian mendapati Gen Z percaya bahawa wang boleh beli kebahagiaan.

gen z percaya wang mampu beli kebahagiaan - kajian

Menerusi tinjauan yang dilakukan terhadap 1,000 penduduk Amerika menunjukkan bahawa 69 peratus daripada Gen Z yang dilahirkan selepas 1997 percaya wang mampu membeli kebahagiaan dan menurut mereka, hanya memerlukan AS$394,000 di bank untuk dianggap mencapai status ‘kaya’.

Jumlah itu sangat rendah berbanding dengan generasi baby boomer, yang percaya AS$1,019,549 sudah cukup untuk menjadi kaya; AS$887,211 untuk generasi X, dan AS$721,020 untuk milenial.

Apabila bercakap mengenai kebahagian kewangan, Gen Z mengatakan AS$74,950 sudah cukup memadai untuk mereka.

Menariknya, jumlah tersebut tidak mencukupi untuk membeli rumah di dunia hari ini.

Turut dilaporkan dalam kajian itu ialah “The Emerging Millennial Wealth Gap” yang menunjukkan penurunan dalam pemilikan rumah dalam kalangan individu berumur 25 hingga 34 tahun.

Menurut laporan itu, golongan milenial takut untuk membeli rumah kerana hutang.

Memetik NY Post, responden Gen Z dalam tinjauan RubyHome melaporkan AS$168,070 dalam hutang sementara milenial pula terakru pada AS$147,058.

 

Sumber: [1]