Gelombang Monkeypox, Lebih Banyak Kes Dijangka Akan Dikesan Serata Dunia

Lebih banyak kes cacar monyet (monkeypox) dijangka akan dikesan di serata dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

gelombang monkeypox, lebih banyak kes dijangka akan dikesan serata dunia

Susulan itu, WHO juga telah mula meluaskan pengawasan di negara-negara yang tidak pernah mempunyai kes cacar monyet.

Setakat Sabtu lalu, 92 kes cacar monyet telah disahkan dengan 28 kes disyaki dilaporkan dari 12 negara anggota yang bukan endemik virus itu.

Berikutan itu juga, WHO akan mengeluarkan garis panduan berkenaan cara mengurangkan penularan cacar monyet dalam masa terdekat.

Jelas agensi itu, penularan dari manusia ke manusia berlaku susulan individu berjangkit mempunyai hubungan rapat dengan kes yang bergejala.

Cacar monyet merupakan sejenis penyakit berjangkit yang biasanya ringan dan menjadi endemik di bahagian barat serta tengah Afrika.

Ia disebarkan melalui hubungan rapat.

Bagaimanapun, ia boleh dikawal dengan mudah iaitu menerusi langkah-langkah seperti kuarantin dan kebersihan diri.


Sumber: [1]