Semak Tanda-Tanda Orang Dewasa Dan Kanak-Kanak Dijangkiti COVID-19

Pandemik COVID-19 ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global yang berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2).

semak tanda-tanda orang dewasa dan kanak-kanak dijangkiti covid-19

Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.

 

Sehingga ke hari ini, masih ramai yang dijangkiti wabak ini hingga menyebabkan ramai juga kehilangan orang tersayang.

semak tanda-tanda orang dewasa dan kanak-kanak dijangkiti covid-19

Bagi mengesan jangkitan COVID-19 pada individu, ujian saringan akan dilakukan menerusi calitan pada belakang tekak atau rongga hidung. Individu itu akan disahkan positif COVID-19 selepas ujian pengesanan dibuat sebelum mereka dikuarantin untuk rawatan lanjut.

 

Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang boleh dilihat sama ada wujudnya kemungkinan individu itu dijangkiti COVID-19, seperti:

- Gejala jangkitan pada orang dewasa

  1.  Demam berpanjangan
  2.  Kelesuan bertambah teruk
  3.  Kesukaran bernafas
  4.  Sakit dada
  5.  Bibir atau jari kebiruan
  6.  Tidak boleh mengambil makanan atau minuman melalui mulut
  7.  Batuk, muntah atau cirit yang semakin teruk serta kencing kurang

- Gejala jangkitan pada kanak-kanak

  1.  Demam, batuk, muntah atau cirit-birit yang semakin teruk
  2.  Kelesuan atau tidak aktif
  3.  Sakit dada atau perut
  4.  Tangan dan kaki sejuk
  5.  Tidak boleh mengambil makanan atau minuman melalui mulut
  6.  Kesukaran bernafas
  7.  Kencing kurang
  8.  Sawab
  9.  Bibir atau jari kebiruan

 

Dapatkan rawatan segera sekiranya anda atau anak anda mengalami gejala seperti yang dinyatakan diatas. Sila hubungi klinik kesihatan berdekatan atau 999 untuk tindakan selanjutnya. Bersama kita putuskan rantaian COVID-19.

 

Sumber: KKM