Sebelum ini, ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Lisa, sering tampil dengan imej rambut ‘fringe’, menutupi bahagian dahinya ketika beraksi di khalayak ramai.
Namun dalam satu acara yang dihadirinya baru-baru ini, Lisa Manoban dilihat mengubah penampilannya dengan mengenakan sanggul hingga mempamerkan bahagian dahi.
Imej yang tidak pernah dibuat Lisa sebelum ini, dilengkapi dengan gaun sutera putih, jelas menyerlahkan keanggunan beliau pada acara Serpenti 75th Anniversty Collection di Seoul, Korea.
Gaya rambutnya itu menjadi perhatian kerana Lisa pernah memberitahu tidak akan sesekali membiarkan dahinya terdedah tidak kita atas apa alasan termasuk tuntutan kerja.
Malah, Lisa pernah memberitahu dia akan mendedahkan dahi jika dibayar sebanyak KRW10 bilion atau kira-kira RM35 juta.
Susulan itu, peminat beranggapan Lisa mungkin sudah dibayar dengan amaun itu untuk tampil berani pada acara tersebut.
Bagaimanapun, Lisa tetap dipuji cantik oleh para peminat dengan imej menampakkan dahinya itu.
Sumber: Footwear News