Gara-Gara Kekurangan Pemandu Bas, Banyak Sekolah Di Iowa Terpaksa Dibatalkan

Sebuah daerah sekolah di Iowa, Amerika Syarikat terpaksa membatalkan kelasnya pada Isnin lalu akibat kekurangan pemandu bas untuk menghantar para pelajarnya ke sekolah.

gara-gara kekurangan pemandu bas, kelas di sekolah di iowa terpaksa dibatalkan

“Sebilangan besar pemandu bas mengatakan mereka sakit pagi ini berikutan isu berkaitan COVID-19,” kata kenyataan dari Komuniti Daerah Sekolah Davenport.

“Jumlah yang terlalu besar untuk melaraskan laluan dalam masa yang singkat.”

Selain itu, kekurangan pemandu bas bermaksud kelewatan ketika mengambil para pelajar dan mereka juga terpaksa menunggu di luar “dalam cuaca sejuk melampu” untuk menaiki bas.

Daerah itu yang mengendalikan 30 kemudahan dari peringkat prasekolah hingga sekolah menengah mempunyai 15,234 pelajar yang berdaftar dengan 37.6 peratus daripadanya adalah kurang bernasib baik.

Semua kelas di daerah itu bagaimanpun disambung semula pada hari berikutnya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN