Pandemik COVID-19 telah menyebabkan warga dunia berada di dalam rumah masing-masing. Walaupun sedemikian, ada juga segilintir yang menggunakan peluang ini untuk menjadi lebih kreatif.
Empat beradik dari Jerman telah menggunakan tempoh lockdown tersebut dengan menghasilkan gameboard mereka sendiri. Yang lebih menarik, mereka menamakan permainan itu sebagai Corona dan memang berkaitan dengan situasi yang dihadapi oleh dunia sekarang.
Permainan ini boleh dimainkan seramai empat orang pemain. Mereka perlu berlumba memenuhi senarai barangan keperluan jiran yang telah berusia disebabkan perlu berada di rumah sepanjang pandemik.
Pemain yang berjaya menyelesaikan misi dengan menghantar semua barangan yang diperlukan terlebih dahulu akan diiktiraf sebagai pemenang. Tapi sepanjang misi tu pemain akan berhadapan dengan cabaran seperti terkena virus itu sehingga terpaksa berada di dalam rumah sendiri.
"Asas permainan ini ialah solidariti. Setiap pemain boleh memutuskan untuk bekerjasama atau menjadikan permainan ini menjadi lebih mencabar," kata Sarah kepada Reuters TV.
Sehingga hari ini, papan permainan itu telah dijual sebanyak 2,000 unit. Malah, mereka juga telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat permainan yang akan menjadi pengedar permainan tersebut.
Sumber: Astro Awani