Tak Ramai Nak Kerja, Tahukah Anda Gaji Purata Tukang Paip di Singapura Cecah RM20,490 Sebulan?

Soal perbezaan bayaran gaji antara pekerja di negara ini dengan negara jiran terdekat, Singapura, sering dibincangkan sejak dahulu lagi.

 

Terbaru, tular satu laporan yang menyatakan purata gaji seorang tukang paip berlesen di Singapura boleh mencecah purata antara S$6,000 hingga S$8,000 sebulan.

tak ramai nak kerja, tahukah anda gaji purata tukang paip di singapura cecah rm20,490 sebulan?

Jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, angka itu mencecah antara RM20,490 hingga RM27,324 sebulan!

 

Mungkin kedengaran agak tidak masuk akal, namun itulah kenyataan yang didedahkan ahli Persatuan Paip Singapura, Gary Tan, 40, yang berkata ada antara tukang paip di Singapura boleh mendapat gaji lebih tinggi sehingga S$12,000 (kira-kira RM40,986) sebulan!

tak ramai nak kerja, tahukah anda gaji purata tukang paip di singapura cecah rm20,490 sebulan?

Tambah Gary lagi, tukang paip berlesen boleh mengenakan caj dan memperoleh pendapatan lebih dua kali ganda berbanding tukang paip tidak berlesen.

 

Selain itu, Gary menambah dia bekerja di syarikatnya sekarang sejak lapan tahun lalu dan bermula sebagai jurutera projek. Beliau mengambil kursus sebagai tukang paip berlesen, sebelum dinaikkan pangkat kepada pengurus projek.

 

Ujar Gary, walaupun boleh memperoleh gaji tinggi di Singapura, industri paip di negara itu dilapor masih kekurangan tenaga buruh. Buat masa ini, industri itu masih bergantung kepada pekerja asing namun banyak syarikat pula tidak mahu menggajikan kelompok pekerja asing kerana mereka perlu membayar cukai tinggi.

tak ramai nak kerja, tahukah anda gaji purata tukang paip di singapura cecah rm20,490 sebulan?

Disebabkan itu, hanya beberapa orang sahaja yang bergelar tukang paip berlesen di negara itu buat masa ini.

 

Untuk info, bagi mendapatkan lesen bergelar tukang paip di Singapura, latihan selama enam hingga sembilan bulan diperlukan dengan kos kira-kira S$1,000 (RM3,415), selepas subsidi untuk rakyat tempatan diberi. Untuk tukang paip selain warga Singapura, kos ini meningkat kepada S$4,000 (RM13,660).

 

Ada sesiapa berminat untuk menjadi tukang paip di Singapura?

 

Sumber: Shin Min Daily News via Mothership