Di Britain, Gagal Minum Air Secukupnya Masa Memandu Boleh Kena Denda

Pemandu di Britain yang mengalami dehidrasi dan gagal untuk minum air secukupnya ketika sedang memandu dalam perjalanan jauh boleh dikenakan denda £1,000 (RM5,531).

di britain, gagal minum air secukupnya masa memandu boleh kena denda

Ia berikutan kekurangan air semasa memandu pada jarak jauh boleh menjejaskan tumpuan dan menyebabkan pening lalu membahayakan keselamatan pemandu dan pengguna jalanraya yang lain.

.

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Loughborough mendapati kesan dehidrasi ringan adalah sama dengan pengambilan alkohol berlebihan semasa memandu.

.

“Kita biasa memeriksa paras air dan minyak kereta sebelum memulakan perjalanan tetapi berapa ramai yang memeriksa paras air dalam badan sendiri?

“Minum  banyak air bukan sahaja akan memberi kesan positif kepada badan tetapi juga akan mengelakkan kemungkinan pening atau hilang tumpuan,” kata seorang pakar automotif berkenaan, Mike Thompson.

.

Kajian juga mendapati 70 peratus kemalangan di jalan raya Britain adalah berpunca daripada dehidrasi pemandu yang menjadi faktor pelanggaran.

.

Justeru, warga Britain diingatkan untuk kekal hidrat dan patuh kepada peraturan jalan raya.

.

Peringatan itu diberikan memandangkan ramai warga Britain merancang untuk bercuti atau melawat keluarga pada hujung minggu lalu sempena cuti Hari Easter.

.

Sumber: [1]