Apa haiwan peliharaan yang paling pelik pernah korang dengar?
Seorang gadis di Jakarta, Indonesia telah membuatkan netizen kehairanan selepas dia mengaku membela seekor nyamuk sebagai haiwan peliharaannya. Bukan main-main tau sebab nyamuk tu siap ada nama lagi iaitu Molly.
Gadis tersebut berkongsi perkara itu melalui akaun TikTok @michelleeserafin. Melalui TikTok juga, dia berkongsi cara bagaimana dia memberi makanan kepada nyamuk itu.
Video tersebut menunjukkan gadis itu mendekatkan botol bekas simpanan Molly pada kakinya. Kemudian, penutup botol itu dibuka dan Molly akan terbang keluar. Setelah itu, Molly akan menghisap darah kaki tuannya. Selepas selesai. Michellee akan menangkap Molly semula dan memasukkan ke daam botol.
Hah? Apa korang rasa dengan gadis ini?
Sumber: KOSMO