‘Saya Lamar Dia 2 Minggu Lepas’ - Fuad Rahman Rancang Mahu Menikah Dengan Tom GV9

Bintang daripada Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Fuad Rahman baru-baru ini mengejutkan peminat apabila mengaku kini sedang hangat bercinta dengan Tom. 

Fuad berkata hatinya kini kembali terpaut dengan bekas kekasihnya Tom  sejak minggu kedua bersama GV9 dan akhirnya dia memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya kepada Tom dua minggu lalu

"Kami memang sedang menjalin cinta, cinta saya mula berputik pada Tom adalah pada minggu kedua konsert GV. Tapi secara rasmi saya lamar dia untuk couple adalah dua minggu lepas.

‘saya lamar dia 2 minggu lepas’ - fuad rahman rancang mahu menikah dengan tom  gv9

"Tujuan saya ajak couple dan menuju ke arah lebih serius agak orang ramai dan peminat tidak salah anggap kalau nampak kami di luar nanti. Kalau-kalau nanti saya terpeluk atau terpegang tangan dia kemudian orang ambil gambar kami dan sebarkan itu lagi bahaya," katanya kepada Gempak.

Menerusi pendedahannya itu, mereka sebenarnya pernah bercinta pada 2005 namun terpaksa berpisah disebabkannya menjalani hukuman penjara selama lima tahun dan kini mereka dipertemukan semula di pentas GV9.

"Tapi sebenarnya kalau boleh saya dedahkan yang ramai orang tak tahu, Tom merupakan bekas kekasih saya, kami pernah bercinta pada 2005 dan kemudian itu saya telah masuk penjara, selepas itu kami terus tiada contact lagi. Sampailah kami dipertemukan semula di Gegar Vaganza (GV).

Tidak mahu kenangan pahit berulang kembali, Fuad bertekad untuk membawa hubungannya bersama Tom ke peringkat yang lebih serius. 

"Insyallah, kalau dipermudahkan saya akan jaga hubungan ini lebih serius. Jika tiada halangan insyallah kalau tidak tahun depan mungkin tahu seterusnya kami akan berkahwin. Apa pun saya minta semua orang doakan hubungan kami dalam keadaan baik," tambahnya

Sumber: Gempak