Facebook Sedang Cuba Dark Mode Untuk Mobile Apps Pula

facebook sedang cuba dark mode untuk mobile apps pula

Kalau sebelum ni Facebook dah lancarkan mode gelap untuk paparan muka di desktop, kali ini syarikat itu sedang mencuba ciri yang sama pada aplikasi mobile.

Menurut laporan The Verge, Facebook telah melepaskan ciri tersebut kepada pengguna secara global. Namun, orang yang dapat cuba ciri tersebut sangatlah kecil.

Bagaimanapun, masih belum ada tarikh tertentu dan Facebook sendiri masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang ciri ini.

Wah, tak sabarnya nak scroll Facebook guna dark mode! Tak lah sakit mata sangat kan?

Sumber: The Verge