Lepas Lebih 6 Jam, Facebook, WhatsApp & Instagram Kembali Pulih

Selepas lebih enam jam mengalami gangguan keatas lebih 2.7 bilion pengguna diseluruh dunia, Facebook kini akhirnya kembali pulih secara berperingkat.

lepas lebih 6 jam, facebook, whatsapp & instagram kembali pulih

Ia turut menjejaskan rantaian media sosialnya yang lain seperti Instagram dan WhatsApp pada awal pagi 5 Oktober 2021.

 

Menurut Downdetector, laman yang memantau gangguan kepada seluruh aplikasi dan laman web di dunia, masalah yang berlaku kepada Facebook kali ini adalah yang terbesar seumpamanya pernah terjadi, dengan lebih 10.6 juta aduan dibuat.

lepas lebih 6 jam, facebook, whatsapp & instagram kembali pulih

Facebook dalam satu kenyataan memohon maaf atas masalah yang berlaku dan menghargai kesabaran pengguna.

 

“Kepada semua yang terjejas dengan masalah yang berlaku kepada platform kami, kami memohon maaf. Kami tahu bilion pengguna dan perniagaan di seluruh dunia bergantung kepada produk dan servis kami untuk terus berhubung. Kami hargai kesabaran anda sementara kami kembali pulih,”

lepas lebih 6 jam, facebook, whatsapp & instagram kembali pulih

Masalah itu dilaporkan turut menjejaskan pekerja Facebook, termasuklah komunikasi dalaman syarikat. Ada juga segelintir pekerja yang mengalami kesukaran memasuki pejabat disebabkan masalah yang berlaku ini.

 

Sumber: [1]