Cerita Cinta Evan Marvino Dan Uffri Datun Nitami, Dari Peminat Menjadi Isteri

Kalau dah jodoh pasti tak kemana, begitu jugalah kisah percintaan seorang artis dan peminatnya di Indonesia apabila wanita dikenali sebagai Uffri Datun Nitami yang akhirnya berkahwin dengan artis kesayangannya Evan Marvino! 

cerita cinta evan marvino dan uffri datun nitami, dari peminat menjadi isteri

Siapa sangka, daripada hanyalah seorang peminat kini digelar isteri kepada artis kegemarannya itu, ramai netizen yang tertarik dengan kisah percintaan mereka kerana Uffri yang pada awalnya hanya seorang peminat, berjaya menawan hati Evan Marvino. 

Menerusi laporan, Evan menceritakan yang isterinya Uffri sering menghantar Direct Message (DM) di Instagramnya tetapi Evan tidak pernah membalas mesejnya. Namun, sebagai seorang peminat, ianya normal untuk tidak berhenti memberi sokongan kepada artis tersebut. 

Sehinggalah satu hari Evan terbuka hati untuk membalas DM Uffri dan sejak daripada itu mereka mula berhubung. Malah, Evan juga ada berkongsi masalah peribadinya kepada Uffri termasuk kisah silam cintanya.

Pada 1 Januari 2021, tindakan Evan memuat naik fotonya bersama Uffri di Instagram dengan memberitahu bahawa dia akan bernikah telah mengejutkan ramai terutamanya dalam kalangan para peminat.

Pasangan itu juga kini telah dikurniakan seorang cahaya mata pertama mereka iaitu Hawa Chana Alvina yang sangat comel dan cantik. 

Sumber: suara.com , IntipSeleb