Elak Cium, Gomol Anak Orang Masa Raya. Kesian Baby Tu!

Bila tiba hari raya, seluruh ahli keluarga dan sanak saudara bekumpul sudah pasti anak kecil akan jadi tumpuan ramai untuk didukung, cium dan gomol.

elak cium, gomol anak orang masa raya. kesian baby tu!

Yelah, siapa yang tak geram tengok pipi gebu dan badan montel si kecil tu. Anak-anak yang tak tahu apa, hanya mampu tersenyum atau menangis jika mereka rasa tak selesa.

.

Namun tahukah anda, tindakan ini sebenarnya mendedahkan si kecil dengan jangkitan kuman dan penyakit?

elak cium, gomol anak orang masa raya. kesian baby tu!

Tambah pula dengan wabak COVID-19 yang masih ada dalam masyarakat kita, kita pun tidak sedar sama ada kita adalah pembawa virus mahupun tidak. Bukan hanya COVID-19, banyak lagi risiko penyakit lain yang kita boleh sebarkan kepada anak kecil ini hanya kerana tindakan kita memeluk, mencium dan menggomol anak kecil ini.

.

Sekarang ni juga memang macam-macam kuman dan penyakit yang ada disekeliling kita. Banyak kesan buruk dengan kemunculan pelbagai penyakit ni. Golongan yang paling berisiko dan mudah menerima jangkitan kuman adalah bayi, kanak-kanak dan orang tua.

.

Jadi, kalau ada ibu bapa yang tidak izinkan anda mencium anak-anak mereka, jangan terasa. Hormati pilihan mereka dan cara mereka. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?