Waktu bekerja pada siang hari merangkumi masa di mana kita melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab kita di tempat kerja. Manakala waktu malam pula adalah waktu untuk kita berehat.
Namun ada sesetengah antara kita yang sering melakukan kerja sehingga ke lewat malam, seterusnya menjejaskan kualiti waktu rehat.
Tahukah anda, tindakan seperti itu membahayakan kesihatan dan menjadi punca kepada pelbagai penyakit kronik?
Tindakan melakukan pekerjaan atau berbincang perkara berkaitan kerja selepas pukul 8 malam (buat mereka yang bekerja di siang hari), akan menjejaskan Circadian Rhythm manusia.
Circadian Rhythm atau ritma sirkadian ialah suatu ritma dalaman hidupan yang sentiasa berjalan mengikut kitaran 24 jam sehari. Hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan masing-masing mempunyai kitaran sebegini yang menentukan peredaran hidup seperti tidur, makan, memburu serta fungsi badan yang lain pada waktu yang bersesuaian.
Untuk manusia normal, pada jam 8 malam, tubuh akan melalui fasa rehat dan tiada lagi tugasan berat dan menggunakan fokus melampau diperlukan tubuh.
Namun sekiranya anda menerima arahan kerja pada jam 9 atau 10 malam, yang mana ketika itu tubuh dan minda sedang bersedia untuk berehat, satu tindak balas akan dihasilkan yang mana meningkatkan kembali hormon adrenalin dan kortisol dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu kembali segar dan jantung berdegup lebih laju daripada biasa (keadaan rehat).
Keadaan ini menyebabkan terjadinya Circadian Rhythm Disorder.
Selain daripada faktor kerja, ada beberapa punca lain yang boleh menjejaskan Circadian Rhythm seperti kesan pengambilan ubat, keadaan kesihatan tidak menentu dan jadual tidur tidak teratur.
.
Gejala Circadian Rhythm Disorder:
- Insomnia
- Kurang tidur
- Letih lesu sepanjang hari
- Mengantuk berlebihan di waktu siang
- Penurunan kewaspadaan dan sukar fokus
- Sukar mengawal emosi, mood jadi tidak stabil
- Sakit kepala
Dalam kesan jangka panjang, masalah ini akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan sebagainya. Malah, sehingga 80% pesakit depresi di sebuah klinik dikesan mempunyai circadian rhythm yang tidak normal.
.
Untuk mengelakkan masalah ini terjadi, seseorang itu boleh cuba ‘reset’ semula Cardian Rhythm dengan cara berikut:
- Cahaya matahari terutamanya di pagi hari dapat membantu memperkuat isyarat cardian rhythm.
- Waktu tidur konsisten
- Hindari minuman berkafein pada waktu malam
- Elakkan daripada menggunakan gadjet sebelum tidur. Ini adalah kerana cahaya daripada peranti elektronik pada waktu malam dapat mengelirukan jam biologi kita
- Dapatkan ‘power nap’ pada waktu siang.
.
Segera dapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan tubuh badan anda.
Sumber: Tiktok