‘‘Dunia Harus Sedia Berdepan Gelombang Baru COVID-19,’’ – EMA

Meskipun kes COVID-19 di Eropah kini menurun, pandemik itu masih belum berakhir dan setiap negara perlu bersedia berdepan gelombang baharu jangkitan.

‘‘dunia harus sedia berdepan gelombang baru covid-19,’’ – ema

Demikian menurut Agensi Perubatan Eropah (EMA) selepas melihat data penurunan secara menyeluruh dalam jumlah kes dan kematian disebabkan COVID-19 di Eropah.

 

"Bagaimanapun, musim luruh semakin hampir, dan kita perlu bersedia untuk berdepan gelombang baharu jangkitan," kata Ketua Strategi Ancaman Kesihatan dan Vaksin EMA Marco Cavaler.

 

Beliau melihat keadaan yang sama berlaku sejak dua tahun lalu apabila gelombang baru muncul pada musim luruh dan trend itu mungkin akan kembali tahun ini.

 

Ekoran daripada itu, adalah penting bagi mengesan varian baharu COVID-19 supaya langkah awal dapat diambil.

 

"Varian Omicron BA.5 masih merupakan varian dominan yang menular di Eropah.

"Kami masih perlu berwaspada terhadap varian lain. Sebagai contoh, BA.4.6 sedang merebak dengan cepat di Amerika Syarikat dan telah pun dikesan di Eropah. Selain itu, varian BA.2.75 juga membimbangkan," kata Cavaleri.

 

Buat masa ini, Eropah masih lagi dilanda wabak itu dan belum lagi bebas daripada jangkitan.

 

Sumber: Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN