Dua Geng Monyet Bergaduh Akibat Krisis Makanan Disebabkan COVID-19

Dua kumpulan monyet di Lopbori, Thailand dirakam sedang bergaduh sesama mereka ditengah jalan dipercayai akibat kekurangan makanan yang berpunca daripada pandemik COVID-19.

dua geng monyet bergaduh akibat krisis makanan disebabkan covid-19

Menurut laporan, monyet-monyet itu biasanya diberi makan oleh pelancong namun disebabkan pandemik COVID-19 mengakibatkan kehadiran pelancong hampir tiada.

 

Menerusi klip video yang tular, dua kumpulan monyet itu dilihat bergaduh di hadapan sebuah tokong lama yang menyebabkan jalan raya terhalang. Ia menyebabkan beberapa penunggang motosikal dan pemandu kenderaan lain terpaksa berhenti selama beberapa minit.

dua geng monyet bergaduh akibat krisis makanan disebabkan covid-19

Dalam pergaduhan itu, beberapa monyet melompat untuk menunjukkan kekuatan mereka sebelum mula berlawan sesama sendiri.

“Saya sedang berada di dalam sebuah bangunan berhampiran dengan tokong ketika saya terdengar bunyi bising daripada monyet-monyet itu. Terdapat begitu banyak monyet di atas jalan.

“Saya dapat melihat monyet-monyet itu sedang bergaduh. Ia kemudiannya berlari ke arah jalan dan mula berlawan,” kata seorang saksi.

dua geng monyet bergaduh akibat krisis makanan disebabkan covid-19

Pandemik COVID-19 nyata merubah sektor pelancongan yang mana menyaksikan penutupan beberapa syarikat dan juga perhotelan sejak setahun yang lalu.

 

Sumber: Kosmo!

 

ARTIKEL BERKAITAN