Dr. Dzul Nafi Bakal Keluar Arahan Wajib Dos Penggalak Ketiga, Hanya Galak Pada Warga Emas

Semalam, tular satu laporan menerusi media tempatan yang mendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bakal mengeluarkan arahan bagi pelaksanaan dos penggalak ketiga.

dr. dzul nafi bakal keluar arahan wajib dos penggalak ketiga, hanya galak pada warga emas

Dalam laporan itu menyebut KKM akan mengeluarkan arahan pelaksanaan dos penggalak ketiga terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi dalam masa terdekat, susulan daripada peningkatan kes kebelakangan ini.

 

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal Dr. Dzul menerusi ciapan di aplikasi X yang turut membidas etika kewartawanan kerana tidak membuat laporan yang tepat.

dr. dzul nafi bakal keluar arahan wajib dos penggalak ketiga, hanya galak pada warga emas

“Perhatikan apa yang saya katakan dgn jujur, dan buat laporan yg tepat dan tuntas, supaya berita media anda didakwa tidak mengamalkan 'Responsible Journalism'...a.k.a 'Kewartawan Beretika'.

“Ingin saya jelaskan bahawa kenyataan saya hari ini (14 Dec) berkaitan penggambilan vaksin dos penggalak ketiga hanya sebagai satu galakan kepada golongan rentan iaitu warga emas.

“Bukan satu arahan wajib kepada semua golongan untuk mengambilnya. Namun saya tetap menggalakkan masyarakat menggunakan pelitup muka,” demikian menurut beliau.

dr. dzul nafi bakal keluar arahan wajib dos penggalak ketiga, hanya galak pada warga emas

 

Untuk info, setakat kelmarin (13 Dec), kes COVID-19 dalam negara dilapor meningkat kepada 12,757 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 hingga 9 Disember lalu, berbanding 6,796 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya. Kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya serta pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat 1.4 peratus.

 

Sumber: X @ DrDzul