Doktor Ajar Cara Nak Buat Ubat Batuk Guna Dua Bahan Di Rumah

Musim hujan dan juga COVID-19 ketika ini membuatkan ramai antara kita yang berasa sakit tekak, batuk serta selesema.

doktor ajar cara nak buat ubat batuk guna dua bahan di rumah

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang dijual di farmasi bagi tujuan merawat batuk, dan ada juga yang boleh dihasilkan sendiri secara tradisional di rumah.

 

Menerusi perkongsian seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rizal, beliau telah berkongsi cara mudah untuk membuat sendiri ubat batuk di rumah, iaitu dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja.

 

Jom ikuti perkongsian beliau disini:

doktor ajar cara nak buat ubat batuk guna dua bahan di rumah

Zaman sekarang, saya lihat ramai yang kerap sakit. Terutama selesema dengan batuk.

.

Mainan fikiran buatkan badan rasa lemah semacam. Betul tak?

.

Fikir pasal cik Vid. Asal demam je cik Vid. Asal batuk je cik Vid.

.

Bukan setakat cik Vid. Sekarang ni juga musim berubah-ubah. Kejap panas kejap hujan.

.

Saya dah pernah kongsi tentang remedy untuk selesema. Green flu shot dan minuman immune booster.

.

Kali ini saya nak share tentang cara rawat batuk.

.

Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak?

Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok.

.

Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk.

Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.

.

Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak jahanamkan otak.

.

Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya, jumpa.

.

Sehingga kini, saya gunakan petua ni sekiranya batuk. Cara pun mudah.

.

Caranya ialah:

1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.

.

2. Leraikan lapisan bawang tadi.

.

3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.

.

4. Gaulkan biar rata.

.

5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.

.

6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.

.

7. Ambil satu sudu dan minum.

.

Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.

.

Orang putih panggil 'cough syrup.' Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. 'Homemade remedy' untuk batuk.

.

Boleh cuba di rumah.

.

#DrRizal

 

Perkongsian itu telah mendapat lebih 18 ribu share dengan 3.4 ribu komen.

Sumber: Facebook