Diogo Jota Wira Baru Liverpool?

Pada waktu Liverpool dilanda krisis kecederaan pada bahagian pertahanannya, muncul seorang wira pada waktu sukar ini.

diogo jota wira baru liverpool?

Diogo Jota! Pemain kelahiran Portugal yang sertai Liverpool awal musim ini daripada Wolves dengan harga 41 juta pound, jaringkan gol kemenangan untuk bantu The Reds kalahkan West Ham 2-1 pada aksi EPL pagi tadi. Jurgen Klopp ni masa kecik-kecik mesti suka makan kismis kan? Sebab tu bijak dalam membeli pemain.

Liverpool ketinggalan 1 gol seawal minit ke-10 sebelum Mohamed Salah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti beberapa minit sebelum babak pertama tamat.

20 minit sebelum tamat permainan, Klopp ambil keputusan untuk masukkan Jota bagi menggantikan Roberto Firmino.

diogo jota wira baru liverpool?

7 minit selepas dimasukkan, Jota berjaya menggegar jaring namun golnya dibatalkan oleh VAR. Tapi kekecewaan itu segera dilupakan kerana Jota akhirnya berjaya menjaringkan gol kemenangan 5 minit sebelum tamat perlawanan.

Ini merupakan gol ke-3 pemain Portugal itu dalam 3 perlawanan berturut-turut buat The Reds termasuk pada aksi Liga Juara-Juara berdepan Midtjylland pertengahan minggu lalu. 

Kemenangan itu sekaligus bantu Liverpool untuk duduki tangga teratas liga dengan 16 mata. 3 mata mengatasi pencabar terdekat dan musuh setempatnya, Everton yang akan berdepan Newcastle malam ini.

diogo jota wira baru liverpool?

Walaupun rata-rata penyokong Liverpool risau dengan krisis kecederaan di benteng pertahanan, tapi janganlah terlalu bimbang. 

Rasanya barisan serangan Liverpool memang power dan tak ada masalah untuk jaringkan gol. Kalau bolos 3 gol, suruhlah barisan serangan jaringkan 4 gol. 

Lagipun, masa Virgil Van Dijk belum injured, rilek je Liverpool bolos 7 lawan Aston Villa kan?

Oleh : Karami Kamel