Biasa la bahan bahan mentah seperti ayam, daging dan ikan kita akan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama. Kalau bahan bahan itu tersimpan lama dalam peti ais mesti akan menjadi beku.
Ini ada satu tips untuk sesiapa yang pernah berdepan dengan situasi yang macam ni dan kalau sebelum mak kita keluar dan dia pesan untuk keluarkan ayam dalam peti tapi kita terlupa, boleh try tips ini. Gunakan gajet defrost tray, ia sangat sesuai kalau nak cepat dan pantas. Tidak perlu nak ambil masa yang lama untuk tunggu ayam yang beku tu cair.
Defrost tray sesuai digunakan kalau tidak ada microwave di rumah. Sebekas ayam boleh defrost dalam tray dalam lebih kurang 35 min sehingga 45 min dan ayam akan menjadi lembut. Cairkan ayam yang beku tanpa rendam dalam air.
Letakkan ayam yang beku di atas defrost tray, nanti tray akan sejuk dan ia terbukti berkesan. Senang je nak cari defrost tray ni, korang boleh dapatkan secara online. Lebih menarik defrost tray tidak menggunakan elektrik, energy saving dan mesra alam. Mudah dicuci dan boleh digunakan semula.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita