Dah Boleh Ke Luar Negara Ni, Ini Dia Senarai Negara Yang Terima Kedatangan Dari Malaysia!

Bermula hari ini, individu yang lengkap vaksin dibenarkan merentas negeri.

Turut tidak ketinggalan, rakyat Malaysia juga boleh melalukan perjalanan ke luar negara tanpa perlu mendapatkan My Travel Pass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) lagi.

Setakat ini, terdapat lebih 40 negara yang menerima pengembara dari Malaysia yang lengkap divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.

Berikut merupakan antara negara yang menerima kedatangan pelancong dari Malaysia!

  • United Kingdom

dah boleh ke luar negara ni, ini dia senarai negara yang terima kedatangan dari malaysia!

Bermula 4 Oktober lalu, individu yang bukan dari negara disenarai ‘merah’ dan lengkap divaksin dibenarkan memasuki UK tanpa perlu menjalani kuarantin. Mereka dibenarkan masuk selepas disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR yang dilakukan ketika ketibaan.

  • Jordan

dah boleh ke luar negara ni, ini dia senarai negara yang terima kedatangan dari malaysia!

Individu perlu melengkapkan borang sebelum berlepas dan mendapatkan kod QR, serta negatif ujian RT-PCR COVID-19 dalam tempoh sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas. Setibanya di Jordan, mereka dikehendaki melakukan ujian RT-PCR.

  • Maldives

dah boleh ke luar negara ni, ini dia senarai negara yang terima kedatangan dari malaysia!

Individu yang lengkap divaksin tidak dikehendaki menjalani kuarantin kecuali ketibaan dari UK. Mereka yang tiba dari UK dan lengkap divaksin dikehendaki untuk kuarantin selama empat hari, sementara yang tidak divaksin kuarantin 14 hari.

Individu hanya perlu melampirkan keputusan negatif RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh 96 jam.

  • Dubai (UAE)

dah boleh ke luar negara ni, ini dia senarai negara yang terima kedatangan dari malaysia!

Individu boleh memohon Visa Pelancong dengan syarat – negatif RT-PCR dalam tempoh 72 sebelum berlepas.

Dalam pada itu, berikut merupakan senarai negara yang membenarkan kemasukan individu yang lengkap vaksin, bebas COVID-19 dan tidak perlu menjalani kuarantin sebaik kemasukan:

  • Brazil
  • Kanada
  • Mesir
  • Maldives
  • Belanda
  • Pakistan
  • Turki
  • UK
  • US
  • UAE
  • Jerman
  • Ireland
  • Finland
  • Mexico
  • Sepanyol
  • Switzerland

Selamat mengembara buat mereka yang bakal melakukan perjalanan ke luar negara tak lama lagi!

Namun harus diingatkan, mereka yang mengembara dari luar negara tetap perlu menjalani kuarantin setibanya di Malaysia seperti mana yang diingatkan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob okey!

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN