Bawa Seisi Keluarga Cuti Sekolah Ini Tonton Didi & Friends The Movie!

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi, luangkan masa anda bersama keluarga tersayang dengan menyaksikan filem animasi Didi & Friends The Movie yang pakal ditayangkan pasa 23 Februrai ini. 

Yang menariknya, Didi & Friends The Movie ini berbeza dengan siri televisyen dari segi kualiti produksi dan jalan cerita yang lebih seronok. 

"Filem ini berbeza daripada siri televisyen dari segi tekstur, rigging, pemodelan, animasi, warna tema, dan aspek teknikal yang lain.

"Di samping itu, Didi & Friends The Movie menyertakan lagu-lagu baharu yang ditulis oleh pengarah muzik terkenal, dengan iringan pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), menjadikannya segar untuk penonton," kata Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian.

Filem ini juga telah membawa watak baharu yang diperkenalkan mewakili pelbagai spesies haiwan terancam, termasuk harimau Malaya, enggang, badak sumbu dan banyak lagi.

Antara watak baharu termasuklah Torra, Nek Kura, Kapten Zee dan Tok Chip, dengan pembabitan bintang ternama seperti Datuk Awie, Amelia Henderson, Ruminah Sidek dan Waris sebagai artis suara.

"Didi & Friends The Movie membuktikan industri animasi tempatan mampu bersaing di peringkat global. Ia juga bukanlah sebuah filem yang ditujukan untuk kumpulan umur tertentu tetapi boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

"Kami yakin penonton dewasa akan memasukkan Didi & Friends The Movie sebagai salah satu filem animasi kegemaran mereka," kata Naib Presiden, Ketua Perniagaan Astro Shaw dan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

 

Sumber: Awani