Cube Entertainment mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan kontrak bersama bekas anggota (G)I-DLE, Soojin.
5 Mac lalu, agensi tersebut mengeluarkan kenyataan yang mengatakan kontrak eksklusif bersama Soojin itu telah tamat.
“Untuk sekian lama, syarikat kami dan Soojin cuba mendedahkan kebenaran tentang kontroversi yang dibangkitkan pada Februari tahun lalu melalui siasatan polis, tetapi polis mendapati bahawa penuduh tidak bersalah (tiada pertuduhan).
“Kami menghormati hasil siasatan polis, dan kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan orang ramai dengan kejadian ini,” kata agensi itu.
Tahun lalu, Soojin terpalit dengan kontroversi yang mendakwa dirinya pernah membuli pelajar lain ketika zaman persekolahan.
Soojin dan Cube Entertainment menafikan khabar angin itu.
Bagaimanapun, pelakon Seo Shin Ae tampil mengatakan Soojin juga pernah membulinya ketika mereka menduduki kelas sama.
Kontroversi itu kemudian menyebabkan Soojin meninggalkan kumpulan (G)I-DLE yang disertainya sejak 2018.
Sumber: [1]