Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo kini secara rasmi mengumumkan untuk meninggalkan kelab gergasi EPL, Manchester United, berdasarkan persetujuan bersama kelab itu.
Ia susulan kekecohan minggu lalu dalam temu bual bersama Piers Morgan di TalkTV yang mana Ronaldo telah mengkritik tokoh kelab serta pengurusnya, Erik Ten Hag.
Menurut Ronaldo, beliau berasa dikhianati Red Devils dan mendakwa kelab itu tidak membuat sebarang kemajuan sejak pengendali sebelumnya, Sir Alex Ferguson meninggalkan Old Trafford pada 2013.
Dalam satu kenyataan di sosial media rasmi Ronaldo, beliau berkata ia adalah masa yang baik untuk dirinya mencari cabaran baharu.
“Saya sayangkan Manchester United dan saya cinta peminatnya, itu tidak akan berubah.
“Namun saya rasa ini adalah masa yang sangat baik untuk saya mencari cabaran baharu,” tulisnya.
Manchester United juga telah mengesahkan perkara ini dan berterima kasih kepadanya atas sumbangan besarnya dalam dua musim di Old Trafford.
Sumber: Stadium Astro