COVID-19 Terus Mengganas, Lebih 50 Kes Positif Baharu Untuk Beberapa Hari

covid-19 terus mengganas, lebih 50 kes positif baharu untuk beberapa hari

Kawan-kawan, dalam keghairahan dengan keadaan semasa jangan sesekali kita leka dengan musuh yang tidak nampak ini. Virus COVID-19 ini ada sahaja di mana-mana dan boleh menyerang sesiapa sahaja.

Untuk beberapa hari kebelakangan ini, angka kes positif baharu meningkat dan melepasi paras 50 kes baharu setiap hari. Malah untuk 23 September, lebih 147 kes positif baharu telah dilaporkan. Buat masa ini, jumlah keseluruhan kes positif di negara kita telah pun mencecah 10,576 kes.

Apa yang menggusarkan adalah bilangan kes tempatan lebih banyak berbanding kes import. Kewujudan kluster baharu di beberapa tempat juga sangat membimbangkan.

Jika perkara ini berterusan dan angka terus meningkat pihak kerajaan mungkin akan mengambil langkah drastic dengan mengadakan PKP sekali lagi.

Korang tak nak PKP balik? Ikut SOP yang telah ditetapkan. Basuh tangan, pakai pelitup muka dan jaga penjarakan fizikal. Educate keluarga dan rakan-rakan korang akan perkara ini. Sama-sama kita lawan COVID-19 sehingga berjaya.