COVID-19: Britain Bebas Sekatan Sosial Bermula 19 Julai

Menteri Kesihatan Britain terbaru, Sajid David, menegaskan bahawa beliau tidak melihat sebarang alasan untuk terus menguatkuasakan sekatan sosial yang dijalankan di negara terbabit pada ketika ini, selepas 19 Julai.

covid-19: britain bebas sekatan sosial bermula 19 julai

Kenyataan tersebut dibuat oleh beliau biarpun timbul kebimbangan berikutan peningkatan kes COVID-19 yang berterusan di negara itu.

Bagaimanapun, beliau mempunyai alasan yang tersendiri di sebalik tindakan menarik kembali sekatan sosial yang berlangsung.

Isnin lalu, ketika berucap di Parlimen, Sajid David memberitahu bahawa kerajaan terhutang budi dengan rakyat United Kingdom (UK) yang telah banyak berkorban untuk mengembalikan kebebasan mereka secepat mungkin.

Susulan itu, 19 Julai dianggap sebagai pembuka buat perjalanan baru untuk penduduk negara itu.

“Saya menghabiskan hari pertama saya sebagai Menteri Kesihatan baru semalam melihat data dan mengujinya. Walaupun kita memutuskan untuk tidak meneruskan fasa keempat, kita tiada alasan untuk melepasi 19 Julai.

“Kerana sebenarnya, tidak akan ada tarikh yang sifar risiko COVID-19. Kita tahu bahawa kita tidak boleh dengan mudah menghapuskannya. Kita harus belajar untuk hidup dengannya.

“Kita juga tahu bahawa orang ramai dan perniagaan memerlukan kepastian. Oleh itu, kita mahu setiap langkah yang kita ambil tidak terkebelakang,” katanya ketika berucap di House of Commons, London.

Setakat Isnin lalu, United Kingdom (UK) merekodkan 22,868 kes jangkitan baru.

Angka tersebut merupakan satu peningkatan yang besar berikutan tularnya varian Delta yang mendominasi negara tersebut pada ketika ini.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN