Cita Citata Tinggalkan Muzik Dangdut, Kini Tampil Berhijab

Penyanyi dangdut terkenal dari Indonesia, Cita Citata telah mengejutkan ramai peminatnya apabila kini tampil dengan imej berhijab.

cita citata tinggalkan muzik dangdut, kini tampil berhijab

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, beliau sebenarnya sudah lama ingin tampil dengan imej sedemikian tanpa ada paksaan daripada orang lain.

 

Menurut laporan, Cita Citata juga mahu meninggalkan muzik dangdut yang selama ini mempopularkan namanya.

cita citata tinggalkan muzik dangdut, kini tampil berhijab

Pemilik nama lengkap Cita Rahayu itu berkata lagi beliau kini mahu beralih kepada genre pop, dan tidak lagi dangdut seperti sebelum ini.

 

“Benar. Saya tidak lagi menyanyikan lagu dangdut. Sebenarnya sejak dari awal tahun lalu saya sudah melancarkan dan fokus dengan lagu pop.

“Saya juga tidak lagi menerima tawaran untuk membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu dangdut,” katanya.

 

Tambah beliau lagi, pada awalnya mungkin sukar untuknya memperkenalkan sisi baharu sebagai penyanyi pop kerana peminat sudah lama mengenali beliau sebagai penyanyi dangdut. Bagaimanapun beliau mengharapkan sokongan daripada orang ramai untuk peralihan ini.

cita citata tinggalkan muzik dangdut, kini tampil berhijab

“Sangat susah untuk menarik perhatian peminat kerana mereka tahu saya merupakan seorang penyanyi dangdut. Saya masih orang yang sama, cuma berbeza genre muzik sahaja.

 

“Saya harap peminat dapat terus memberikan sokongan pada saya,” katanya.

 

Cita Citata terkenal dengan beberapa buah lagu dangdut seperti Sakitnya Tuh Disini, Perawan atau Janda, Jangan Ganggu Pacarku dan Ayo Goyang.

 

Sumber: Kosmo!