"Semua Orang Sibuk Nak Jadi Mangsa" - Chris Rock Respons Pada Permohonan Maaf Will Smith

Media sosial sekali lagi dikecohkan dengan insiden berkenaan Will Smith dan Chris Rock.

semua orang sibuk nak jadi mangsa - chris rock respons pada permohonan maaf will smith

Minggu lalu, Will Smith memuat naik video permohonan maaf atas insiden menampar Chris Rock yang berlaku ketika acara Oscar pada tahun ini.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas video itu menjadi tular, Rock, 57, sepertinya tidak begitu mengambil endah mengenainya.

Memetik CNN, Rock yang mengadakan persembahan di Atlanta pada Jumaat lalu dilaporkan berkata, “Jika semua orang mendakwa mereka ialah mangsa, maka tiada siapa yang akan mendengar mangsa sebenar. Bahkan saya yang dipukul oleh Smith… Saya pergi bekerja keesokan harinya, saya ada anak.”

Sekitar Mac lalu, Smith dan Rock terpalit dalam kontroversi selepas pelawak tersebut ditampar oleh suami kepada Jada Pinkett itu, kerana mengejek rambut isterinya.

Beberapa bulan selepas kejadian tersebut, Smith memuat naik video permohonan maaf di Instagram yang disiarkan pada Jumaat lalu.

“Saya telah menghubungi Chris dan mesej yang dibalas adalah dia tidak bersedia untuk bercakap dan apabila dia sudah (bersedia), dia akan menghubungi kembali. Jadi saya ingin berkata kepada awak, Chris, saya minta maaf kepada awak.

“Tingkah laku saya tidak boleh diterima dan saya berada di sini apabila anda bersedia untuk bercakap.”

 

Sumber: NZ Herald