Rakyat China Dilarang Menyentuh Warganegara Asing

Penduduk China dinasihati supaya tidak menyentuh warganegara asing bagi melindungi diri daripada dijangkiti wabak cacar monyet.

rakyat china dilarang menyentuh warganegara asing

Ketua Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou bertindak mengeluarkan nasihat itu sehari selepas negara tersebut mencatatkan kes pertama cacar monyet.

“Adalah amat penting untuk kita menguatkan pemantauan dan pencegahan wabak cacar monyet,” tulisnya menerusi hantaran di Weibo.

Beliau turut mengatakan penularan wabak itu berkait rapat dengan perjalanan antarabangsa dan kontak rapat dengan pesakit.

“Jangan bersentuhan dengan warganegara asing,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo