China Dilanda Hujan Lebat Terburuk Lepas 61 Tahun

Hampir setengah juta penduduk di Guangdong, China terjejas akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah tersebut baru-baru ini.

china dilanda hujan lebat terburuk lepas 61 tahun

Ia berlaku selepas bahagian selatan negara itu dilanda hujan lebat terburuk dalam tempoh 60 tahun pada hujung minggu lalu.

Banjir akibat hujan lebat itu telah memaksa 177,000 penduduk berpindah, selain memusnahkan 1,729 rumah dan merosakkan 27.13 hektar tanaman serta menyebabkan kerugian lebih AS$250 juta, kata Jabatan Pengurusan Kecemasan Guangdong pada Selasa.

Guangdong adalah satu daripada sekurang-kurangnya tujuh wilayah di mana rekod hujan telah menyebabkan tanah runtuh teruk dan jalan banjir, menurut media kerajaan negara itu.

Hujan lebat di negara itu berlaku di tengah-tengah amaran oleh pakar bahawa cuaca ekstrem semakin kerap berlaku.

Menurut biro cuaca tempatan, kerpasan di Guangxi, Guangdong dan Fujian mencapai tahap tertinggi sejak 1961 selepas kesemua kawasan itu mencatatkan purata hujan 621 milimeter (24.4 inci) dalam tempoh 46 hari dari 1 Mei dan 15 Jun.

Angka itu bersamaan dengan lebih 90 peratus daripada purata seluruh negara sebanyak 672.1 milimeter untuk keseluruhan 2021, berdasarkan data oleh Pusat Iklim Negara.

Pakar cuaca berkata keadaan sudah matang untuk ribut hujan lebat selanjutnya di selatan negara itu dan gelombang panas di utara.

“Udara sejuk dan panas telah berkumpul di selatan China, dan kedua-dua pihak telah memasuki jalan buntu dan tarik tali,” Wang Weiyue, seorang penganalisis di Pentadbiran Meteorologi China, memberitahu Reuters.

April lalu, Pusat Iklim Kebangsaan memberi amaran bahawa hujan lebat yang melampau dijangka melanda bahagian selatan dan barat daya negara tersebut, termasuk kawasan padang pasir yang biasanya kering di selatan Tibet.

Laporan 2022 oleh Panel Antara Kerajaan berkenaan Perubahan Iklim berkata ia mempunyai keyakinan tinggi bahawa hujan yang melampau setiap hari telah meningkat di bahagian rantau dan ia akan meningkat dari segi kekerapan dan intensiti yang berupaya mengakibatkan kekerapan tanah runtuh di kawasan pegunungan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN