China Bina Pusat Jagaan Haiwan Untuk Tuan Mereka Yang Terpaksa Jalani Kuarantin Akibat COVID-19

China telah membina pusat penjagaan haiwan peliharaan di Shenzhen untuk menjaga haiwan peliharaan yang pemiliknya diasingkan di kemudahan kuarantin berpusat COVID-19.

china bina pusat jagaan haiwan untuk tuan mereka yang terpaksa jalani kuarantin akibat covid-19

Dibina di atas tapak seluas 8,500 meter persegi, pusat itu kini sedang menjalani ujian, lapor Global Times.

Digembar-gemburkan sebagai yang pertama di negara tersebut, pusat itu boleh menempatkan sehingga 300 kucing atau anjing pada satu masa sebaik ia mula beroperasi.

Selain menjaga haiwan peliharaan, pusat itu juga akan memantau kesihatan haiwan tersebut dan menyediakan rawatan perubatan dan semua perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma.

Pusat itu adalah untuk meredakan kebimbingan pemilik haiwan peliharaan terhadap kesejahteraan haiwan peliharaan mereka apabila mereka diletakkan di bawah kuarantin wajib COVID-19.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN