Setiap pemilik kenderaan pasti mempunyai sekurangnya satu nama pemilik, sama ada ia motosikal, kereta, dan lain-lain lagi.
Pemilikan nama kenderaan itu boleh ditukar hak milik selagi tuannya masih hidup.
Namun, keadaan akan berbeza sekiranya pemilik kenderaan itu telah meninggal dunia.
Sebagai waris, ada beberapa langkah dan cara yang boleh diikuti untuk menukarkan nama pemilik pada kenderaan milik individu yang sudah pun meninggal dunia.
Menerusi perkongsian seorang individu bernama Nazeman, iaitu anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mana-mana motosikal atau kereta yang pemiliknya telah meninggal dunia, JPJ hanya membenarkan pembaharuan cukai jalan (roadtax) dilakukan dalam tempoh 3 tahun sahaja.
Katanya, dalam tempoh ini waris perlu membuat penukaran nama kenderaan tersebut melalui Surat Kuasa.
Surat Kuasa ini boleh diambil ke Mahkamah atau Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah dan Agensi Amarah Raya bagi urusan pemilikan tersebut.
Selepas itu, penukaran nama pemilik kereta perlu melalui Puspakom untuk membuat pemeriksaan B5, manakala motosikal tidak perlu melakukan pemeriksaan ini di Puspakom.
Selepas itu, barulah proses penukaran nama pemilik kenderaan boleh dibuat.
Bagi bayaran untuk penukaran nama pemilik, kadar yang dikenakan bagi kereta adalah RM100, sama seperti pemilik yang masih hidup. Manakala RM3 bagi penukaran nama pemilik untuk kategori motosikal (warganegara).
Sumber: Sinar Plus / Tiktok