Ada Buat Rendang Masa Raya? Ini Cara Buat Rendang Tahan Lama dan Tak Cepat Basi

Setiap kali menjelang Hari Raya, hampir setiap rumah mesti menyajikan masakan rendang, tak kisah la rendang ayam ke rendang kambing ataupun rendang daging.

áda buat rendang masa raya? ini cara buat rendang tahan lama dan tak cepat basi

Masakan rendang merupakan juadah hari raya yang utama selain ketupat dan kuah kacang.

.

Rendang bukan la masakan yang mudah, ia memerlukan pelbagai jenis bahan seperti lengkuas, serai, daun kari, gula melaka, asam jawa dan banyak lagi. Namun kadang kala rendang yang dimasak mudah basi dan rasa masam.

áda buat rendang masa raya? ini cara buat rendang tahan lama dan tak cepat basi

Ini adalah tips untuk membuatkan rendang anda tahan lama dan tidak mudah basi.

.

1. Gunakan santan yang berkualiti

Santan adalah antara makanan yang cepat basi, jadi anda harus memilih santan yang fresh dan yang berkualiti.

.

2. Jangan tutup periuk kalau masakan masih panas

Sesudah masak, anda jangan terus tutup rapat periuk tu, ini kerana wap air yang terkumpul akan jatuh semula kedalam masakan dan menyebabkan rendang cepat basi. Tunggu sejuk baru tutup periuk.

.

3. Masak sehingga rendang kering

Satu lagi cara untuk rendah tahan lama adalah, masak sehingga kering. Selalunya rendang memang masak lama untuk mengurangkan kandungan air supaya ia tahan lebih lama dan juga daging menjadi lembut.

.

Mudah mudahan tips ini membantu anda untuk masak rendang dan tidak mudah basi. Selamat mencuba!

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN