‘Kepala Air’ Selalu Jadi Masa Musim Hujan, Ini Cara Nak Kesan Kehadirannya

Baru-baru ini, satu kejadian menyayat hati telah berlaku selepas 10 mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tragedi kepala air Jeram Awam, Air Putih dekat Kemaman, Terengganu.

‘kepala air’ selalu jadi masa musim hujan, ini cara nak kesan kehadirannya

Kepala air adalah gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun kepada sungai utama. Lazimnya, kepala air berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

 

Aliran air ini boleh terjadi apabila berlaku hujan yang sangat lebat, berupaya membawa segala macam kelodak seperti kayu, batu, dan juga boleh meragut nyawa.

‘kepala air’ selalu jadi masa musim hujan, ini cara nak kesan kehadirannya

Antara tanda-tanda awal kejadian kepala air seperti:

Keadaan langit yang gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.

Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.

Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).

Siren amaran berbunyi bagi sesetengah tempat.

 

Bagaimanapun ada juga keadaan dimana kepala air berlaku dan tidak boleh dijangka, misalnya tanah runtuh yang menyebabkan laluan air menjadi empangan sementara. Air akan mula bertakung dan apabila empangan pecah, air akan turun menjadi kepala air secara tiba-tiba.

‘kepala air’ selalu jadi masa musim hujan, ini cara nak kesan kehadirannya

Sentiasa berhati-hati jika anda mahu berkhemah atau beriadah dikawasan sungai. Pastikan anda peka dengan keadaan sekeliling. Elakkan juga berada ditempat yang sunyi dan tidak ramai orang.