Terlupa Password Wi-Fi Yang Bersambung Di Laptop? Ini Cara Nak Semak Semula!

Internet merupakan salah satu keperluan masa kini dalam menghubungkan kita dengan yang lain. Ia disambungkan sama ada menerusi perkhidmatan data atau Wi-Fi.

 

Ramai antara kita yang menetapkan sambungan Wi-Fi secara terus terpasang automatik, bagi memudahkan proses sambungan tanpa perlu memasukkan kata laluan berulang kali di masa akan datang.

terlupa password wi-fi yang bersambung di laptop? ini cara nak semak semula!

Namun masalah mula timbul jika kita hendak membuat sambungan Wi-Fi pada peranti berbeza, misalnya kepada telefon bimbit, sedangkan sebelum ini anda pernah menyambungkan Wi-Fi tersebut kepada laptop.

 

Jika anda terlupa kata laluan bagi Wi-Fi yang sudah disambungkan dengan laptop anda, berikut adalah cara untuk menyemak semula kata laluan itu dengan beberapa langkah:

 

1. Cari Network & Internet Setting, kemudian klik pada Wi-Fi

terlupa password wi-fi yang bersambung di laptop? ini cara nak semak semula!

terlupa password wi-fi yang bersambung di laptop? ini cara nak semak semula!

2. Klik pada Network & Sharing Center, klik pada pautan Wi-Fi yang sudah disambungkan dengan laptop anda

terlupa password wi-fi yang bersambung di laptop? ini cara nak semak semula!

3.  Satu tetingkap Wi-Fi Status akan terpampang pada skrin. Klik Wireless Properties.

terlupa password wi-fi yang bersambung di laptop? ini cara nak semak semula!

4. Kemudian klik pada Security.

terlupa password wi-fi yang bersambung di laptop? ini cara nak semak semula!

5. Akhir sekali, klik pada Show characters.

terlupa password wi-fi yang bersambung di laptop? ini cara nak semak semula!

 

Disini anda akan dapat melihat kembali kata laluan Wi-Fi yang sudah disambungkan pada laptop anda. Maka anda bolehlah sambungkan Wi-Fi itu pada peranti anda yang lain pula.

 

Selamat mencuba!