Cara Buat Laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi Vaksin COVID-19

Kesan advers berikutan pelalian, ataupun Adverse Events Following Immunisation (AEFI), adalah sebarang kesan advers yang dialami selepas seseorang individu itu menerima suntikan vaksin.

cara buat laporan kesan advers susulan imunisasi vaksin covid-19

Majoriti AEFI yang dilaporkan juga adalah ringan dan sembuh dalam masa beberapa hari. Contoh AEFI adalah seperti bengkak atau kemerahan di tempat suntikan, demam, lesu atau kerengsaan. AEFI yang serius atau memerlukan rawatan lanjut juga adalah jarang berlaku.

 

Bagaimanapun, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) masih memantau keselamatan vaksin melalui pelaporan AEFI. AEFI juga boleh dilaporkan menerusi empat cara iaitu:

 

1. Membuat laporan melalui aplikasi MySejahtera (kesan tidak serius)

 

2. Membuat laporan secara dalam talian di laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) : ConSERF Pelaporan Atas Talian (Online)

 

3. Mengisi secara manual borang yang dicetak daripada laman sesawang NPRA dan dihantar melalui e-mel atau pos ke NPRA. Borang ConSERF (Bahasa Melayu - PDF)

4. Bagi AEFI serius, laporan AEFI dibuat melalui anggota kesihatan yang merawat kes tersebut melalui laman sesawang NPRA atau Pharmacy Information System (Phls) bagi fasiliti KKM.

 

Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan pelaporan kesan sampingan/ADR/AEFI, atau untuk menghantar laporan anda, sila hubungi:

 

Pusat Komplians dan Kawalan Kualiti

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

Lot 36, Jalan Universiti,

46200 Petaling Jaya, Selangor.

Email: fv@npra.gov.my

cara buat laporan kesan advers susulan imunisasi vaksin covid-19

Sumber: [1]