Cara Buat Makanan Kucing, Boleh Berjimat

cara buat makanan kucing, boleh berjimat

Setiap pencinta kucing dan pemilik kucing pasti inginkan yang terbaik buat si comel mereka. Selain memberikan perhatian, kucing juga harus diberi makanan yang secukupnya dan makanan yang sihat bagi mengelakkannya sakit perut atau jatuh sakit.

Sebenarnya makanan kucing yang sihat boleh buat sendiri dengan menggunakan ikan sardin, lobak merah dan sayur bayam. Ianya juga lebih jimat. Jom baca cara caranya.

1) Rebus sardin yang telah dibersihkan dan simpan air rebusan itu.

2) Rebus lobak merah dan bayam bersama air rebusan td. 

3) Masukkan semua bahan rebusan tadi dan kisar. Jangan lupa untuk letak i lebih.

4) Selepas itu, letakkan kesemua bahan yang telah dikisar ke dalam bekas plastik mengikut kuantiti yang anda mahukan untuk diberikan kepada kucing anda.

Makanan kucing homemade ini bukan saja mempunyai khasiat tetapi juga kita dapat berjimat. Kucing anda pun suka. Selamat mencuba!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita