Bubble Tea Beri Kesan Buruk Kepada Tumbesaran Kanak-kanak

 

bubble tea beri kesan buruk kepada tumbesaran kanak-kanak

Fenomena bubble tea ibarat tsunami yang telah mengubah landaskap industry makanan dan minuman negara. Di celah-celah lorong bandar dipenuhi dengan pelbagai jenis outlet yang menjual minuman yang mempunyai bubble ini.

Ada yang sanggup sehingga satu ke dua jam semata-mata untuk membeli sebekas minuman yang berharga RM 9. Semuanya kerana tidak mahu terasa ketinggalan dan ingin mencuba.

Walaubagaimanapun, dalam keghairahan kita mengejar hal viral, jangan sesekali menggadaikan kesihatan korang. Kalau korang tak tahu, bubble tea yang menjadi kegilaan ramai itu sangatlah merbahaya – sekiranya diambil berlebihan dan dalam kuantiti yang melampau.

Antara kesan buruk bubble tersebut adalah ia boleh mengganggu tumbesaran kanak-kanak. Walaupun pewarna dan perasa bahan yang diguna mendapat kebenaran dan mengikut peraturan FDA tetapi tetap mempunyai kesan negative.

Sekiranya kanak-kanak mendapat gula terlebih, ia akan memberi kesan kepada kemampuan kognitif dan juga tingkah laku kanak-kanak tersebut.

Jadi, kalau nak minum tu, korang je lah minum. Jangan sesekali bagi kepada kanak-kanak.

Sumber: Tally Press