BTS Kembali Dengan "Butter"

Kumpulan K-Pop masyhur, BTS kini kembali untuk menghiburkan khalayak ramai dengan lagu musim panas terbaru mereka, “Butter”!

Mengikuti single disko-pop mereka yang terdahulu, “Dynamite”, “Butter” merupakan lagu kedua kumpulan tersebut yang direkodkan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Serentak dengan pelancaran single terbaru mereka, BTS turut mengeluarkan video muzik “Butter” yang kini telah ditonton lebih 90 juta kali di YouTube hanya dalam masa kurang dari 24 jam!

Dalam perkembangan lain, kumpulan yang terdiri daripada anggota RM, J-Hope, Jimin, Jin, Jungkook, Suga dan V itu dijangka bakal mempersembahkan “Butter” secara langsung buat julung kalinya di Anugerah Muzik Billboard yang akan diadakan pada 24 Mei ini.

 

Sumber: [1]