Britain Terus Catat Kes Tinggi Akibat Omicron

Britain terus mencatatkan jumlah kes tertinggi untuk hari kedua berturut-turut berikutan varian Omicron yang kian menular di negara tersebut.

britain terus catat kes tinggi akibat omicron

Menurut Ketua Pegawai Perubatan E     ngland, Chris Whitty, beliau memberi bahawa kemasukan ke hospital harian juga boleh mencecah kemuncak baru akibat varian tersebut yang merebak dengan pantas.

Setakat ini, Britain telah melaporkan sebanyak 88,376 jangkitan baru.

Ia merupakan angka tertinggi sejak wabak tersebut melanda negara itu dan 10,000 lebih tinggi berbanding hari sebelumnya.

Kata Whitty, lonjakan kes memberi tekanan kepada perkhidmatan kesihatan yang kini bergelut dengan kekurangan kakitangan.

Walaupun ia terbukti lebih ringan berbanding varian lain, Omicron bagaimanapun amat mudah menular sehingga menyebabkan berlakunya lonjakan kes.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN