Kelab Bola Sepak Inggeris Yang Pertama Anjur Solat Hari Raya Atas Padang

Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Blackburn Rovers FC, bakal menjadi kelab bola sepak pertama di negara itu yang membuka pintu kepada masyarakat Islam tempatannya untuk menganjurkan solat sunat Aidilfitri di atas padang.

kelab bola sepak inggeris yang pertama anjur solat hari raya atas padang

Bagi menyambut kedatangan Syawal, solat sunat Aidilfitri anjuran Blackburn Rovers FV akan diadakan di Ewood Park akan berlangsung pada hari raya, dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.

.

Selama bertahun-tahun, Rovers telah mengadakan sambutan Aidilfiri yang menjadi acara tahunan mereka dan tahun ini kelab itu berbesar hati untuk menunjukkan sokongan dengan menganjurkan solat hari raya di padang Ewood Park.

kelab bola sepak inggeris yang pertama anjur solat hari raya atas padang

Sambutan istimewa itu, yang dijangka menarik lebih 1,000 tetamu ke stadium, adalah sebahagian daripada siri acara Ewood yang akan datang dibawah kempen kelab #OneRovers, termasuk Let's Go Sing yang berlangsung pada Khamis 28 April, dan tiga hari konsert SummerFest hari pada penghujung Mei.

.

Solat hari raya di Ewood Park ini adalah terbuka kepada semua dengan ruangan disediakan untuk lelaki dan wanita bersolat di atas padang.

.

Mereka yang hadir juga diminta membawa sejadah sendiri. Pengangkutan bas percuma dari Corporation Park dan Queen's Park turut disediakan kepada tetamu yang hadir.

.

Festival Eid in the Park tahun ini pula akan diadakan pada hujung minggu hari Sabtu, 7 Mei dan Ahad, 8 Mei di Corporation Park, di mana kakitangan Blackburn Rovers dan Blackburn Rovers Community Trust akan hadir bersama.

kelab bola sepak inggeris yang pertama anjur solat hari raya atas padang


Sumber: [1]