Berisi Atau Buat Pembedahan Plastik? Peminat Cakap Wajah Tom Cruise Dah Lain!

Baru-baru ini, aktor Hollywood, Tom Cruise kelihatan menghadiri satu perlawanan besbol di San Francisco, Amerika Syarikat.

berisi atau buat pembedahan plastik? peminat cakap wajah tom cruise dah lain!

Tetapi, yang menarik perhatian ramai menerusi fotonya yang tular itu ialah wajahnya yang semakin berisi sekaligus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat sekiranya bintang Mission Impossible itu melakukan pembedahan plastik.

“Apa yang dilakukan Tom Cruise pada wajahnya?” coret seorang peminat di Twitter.

Rata-ratanya, para peminat berpendapat hanya ada dua kemungkinan, iaitu berat badan Cruise bertambah atau dia melakukan pembedahan plastik.

Bagaimanapun, seorang pakar yang juga pemilik Harley Street Injectables, Dr Alice Henshaw mengatakan dia yakin yang kesan ‘bengkak’ pada wajah Cruise adalah disebabkan pembedahan plastik.

“Wajahnya kelihatan bengkak, yang mungkin disebabkan oleh filler, bengkak akibat satu prosedur atau kenaikan berat badan,” jelasnya.

“Saya percaya dia pernah melakukan filler di bawah matanya dan di sekitar mulut dan hidungnya sebelum ini, tetapi kesannya berbeza kali ini,” lanjutnya.

"Wajahnya kelihatan bengkak, yang mungkin disebabkan oleh filler, bengkak akibat satu prosedur atau kenaikan berat badan," katanya kepada The Sun.

Terbaru, Cruise dijadualkan membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Top Gun: Maverick pada Mei 2022.

 

Sumber: [1]